Webiner NADI x Kesedaran : Taklimat Kesedaran Keselamatan Dalam Talian

27 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Januari 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai Taklimat Kesedaran Keselamatan Dalam Talian melalui platform Google Meet. Taklimat ini diadakan bertujuan bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan digital dalam pelajar sekolah.

Pada taklimat ini, Pn. Shazza telah menerangkan mengenai kod SAFE iaitu S (Smart) – bagaimana menjadi warga digital yang bijak dan selamat, A (Aware) – sentiasa mengawasi diri daripada menjadi mangsa penipuan dan scam, F (Fortify) – cara untuk melindungi data dan privasi diri dan E (Empathy) – Membuat kebaikan adalah yang terbaik dimana setiap kod SAFE ini mempunyai topik yang berbeza.

Selain itu, beliau turut menegaskan had umur bagi penggunaan media sosial iaitu 13 tahun ke atas supaya kanak-kanak dapat bersedia dari segi emosi dan fizikal bagi mengelakkan mereka terdedah kepada kandungan yang tidak sesuai di media sosial. Beliau juga menerangkan kesan-kesan buruk penggunaan media sosial. Pn. Shazza turut menggalakkan murid-murid untuk menjawab soalan kuiz yang berkaitan tajuk yang telah diterangkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali